Powered By Blogger

Isnin, 25 Mei 2015

Hati. Semoga Tabah

Bangun je pagi ni , semuanya hambar. Suasana rumah tak seceria , tak seindah hari-hari yang lain.Semuanya sirna. 
Aku lihat kak long masih menyembunyikan dirinya dalam selimut. Aku tilik raut wajahnya. Langsung tiada senyuman. Muka yang dulu penuh dengan senyuman , kini diganti dengan mata yang sembap, raut wajah yang mendung. Hati aku turut diselubungi kesedihan mengenangkan kakak yang aku sayang menerima nasib seperti ini. 
"Mak , kak long tak kerja ke hari ni?"
Mak menggeleng. Sambil tu tangan mak aku lihat lincah memasukkan pisang yang akan digoreng sebagai sarapan pagi kami sekeluarga hari ini.

Lelaki yang aku kenali 3 tahun lalu , kini berubah serta merta. Masih aku ingat , saat telinga aku mendengar suara lelaki itu , hati aku terdetik. Kak long ni berkawan dengan lelaki gagap ke. Aku tidak terus bertanyakan kak long. Ku biarkan soalan yang menjadi tanda tanya itu , tersimpan dalam benak fikiranku. 
Lama-kelamaan , aku memerhatikan gelagat lelaki itu , ku perhati cara percakapannya ,cara langakhnya , tidak sumbang . Sempurna di mataku. 
Akhirnya , persoalan aku selama ini terungkai setelah kak long menerangkan perkara yang sebenar. "Abang Muiz saja je buat suara gagap. Nak kenakan ateh". 

Hmm. lelaki itu telah mengubah kak long , mengubah personalitinya menjadi seorang wanita seperti sekarang. Tapi , malam semalam lelaki itu jugalah yang telah membuatkan kak long menangis tak henti-henti. Segaris senyuman tidak dihulur kepada kami sekeluarga. Mana mungkin hati tidak dirundum kesedihan , perkenalan yang telah menginjak ke usia 3 tahun. Diuji , di saat 2 minggu sebelum berlangsungnya majlis pertunangan. Ya, 2 minggu je lagi. Persiapan dah dibuat , jemputan , barang-barang pertunangan , ahli keluarga sebelah mak dan ayah, sudah mengatur rancangan. Akan pulang , berkumpul ke rumahku pada hari tersebut untuk meraikan pertunangan kak long dan perkahwinan abang yang akan berlangsung pada hari esok selepas pertunangan kak long. 
Tapi apakan daya , tak pernah terfikir oleh kami sekeluarga hal ini akan terjadi.

Keluarga sebelah pihak lelaki turut memaklumkan akan membawa rombongan ke rumah kami. Kira-kira 10 buah kereta yang akan hadir. 

Aku , sebagai adik. Semestinya inginkan yang terbaik untuk kakakku. 
Segingga kini, lelaki itu belum memberi kata putus. Dia minta tempoh seminggu untuk menenangkan hatinya. 

Mak , ayah , aku lihat , redha dan pasrah setelah melihat anak sulungnya diperlakukan seperti itu. Aku ingat kata-kata mak ,  "Biar orang buat kita , jangan kita balas apa yang orang buat. Allah Maha Adil. Hanya Allah yang mampu membalas semuanya"

Mak. Tak pernah menunjukkan kesedihannya. Tapi satu malam , aku sedari mak menangis di pangkuan ayah. Mencari kekuatan daripada suami yang dicintai. Orang tua mana yang tidak akan sedih melihat kebahagiaan yang didambakan anaknya dirosakkan. 

Aku yakin ,mak terlalu sedih. Ayah pon tidak kurangnya. Tapi , lelaki! Mana pernah menunjukkan perasaannya. 

Pertama kali mungkin , kak long whatsapp aku padahal tak jauh jarak antara kami berdua. Sama-sama berehat di ruang tamu. Aku fikir mulutnya berat untuk mengungkapkan kata-kata yang akan dilontarkan. Hanya jari-jemari sahaja yang mampu menggantikan kata-kata.
 "Ateh jangan benci abang Muiz. Kak long sayang abang Muiz.'
In sha Allah, Tak mungkin aku membencinya disebabkan kesilapan pertama yang dia lakukan. Kebaikan yang dihulur tak terbalas. Pada mulanya , aku agak geram. sebab dia buat kak long tak ubah macam sampah. Tapi , aku akhirnya dapat menerima ketentuan. Hanya mampu aku lakukan , doa. Doa yang terbaik untuk abang Muiz dan kak long. Semoga semuanya kembali seperti asal dan "orang ketiga" dalam hubungan mereka takkan muncul lagi.

Aku ingat lagi cerita 7 Petala Cinta. ( Di saat kita ingin melepaskannya ingatlah betapa susah untuk kita mendapatkannya)
hmm. macam tu laa kot ayatnya. Aku pon tak ingat sangat.

Tiada kata putus , tiada pembatalan majlis pertunangan. Mak ayah tetap akan laksanakan majlis pada hari tersebut jika pihak lelaki tak hadir. Majlis akan diganti dengan doa selamat untuk kami sekeluarga. Malu? Biarlah. Mulut manusia mana pernah diam. Tapi secebis hati aku ni , tetap yakin yang mereka berdua ditakdirkan bersama. Mungkin ini ujian yang datang dari Allah. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. kerana kita adalah hamba.

1 ulasan:

  1. Allahu , smoga kak long x apa2 . perancangan Allah ada hikmahnya , in shaa Allah

    BalasPadam