Powered By Blogger

Sabtu, 5 September 2015

Friendship goal

Alhamdulillah. Siap pon beli tiket semalam. Cadangnya nak pergi Pekeliling dengan Nomy , sambil tu nak ajar Nomy cara nak naik lrt. HAHA. Tapinya , ada laa masalah yang tak dapat dielakkan. So , aku pergi laa dengan Aliya. Dah siap-siap dah  , pukul 2 keluar dari bilik. lebih kurang 50 meter je lagi nak keluar pagar cfs , Aliya baru teringat kad matrik dia. Alahai. Tak pasal-pasal dia patah balik bilik . rugi woo , buatnya guard mintak ,tak de. Haa. Tak  pasal-pasal kena saman free je. Melayang duit rm50. Tunggu punya tunggu , 2 setengah Aliya sampai kat bench aku tunggu dia tu. Kitorang pon gerak laa.
Pukul 3:15 petang baru sampai Pekeliling. Dah siap beli tiket , beli air Nescafe Original , kongsi berdua. Haha.. sweet tak ? hahaaa. Air nescafe tu je yang ada , mocha tak de. Tak lalu nak minum habis. Ajak laa Aliya minum sekali. Baru best . kan kan? Bagus berkongsi , baru berkat. Eratkan hubungan silaturahim J

Dah siap beli tiket, singgah Bandaraya. Aliya nak cari beg. Time tu angin kuat , macam nak hujan. Kitorang pon pergi la Jalan TAR dulu cari barang . Mak aiii , Aliya memborong sakan betul. Mentang-mentang ade offer bawal crepe. Rambang mata dia. Murah betul , sehelai RM7. Kalau beli 4 helai , RM20. Beli terus 4 helai. Aku pon berkenan jugak , sebab warna tudung-tudung tu menarik sanagt. Tapi ~ tak de bidang yang aku nak. Aku sebenarnya bukan peminat bawal crepe. Hahahah.
Nak masuk sogo , tak jadi. Hari pon dah pukul 5 , hujan renyai-renyai. Kitorang pon dengan sayunya meninggalkan Jalan TAR tu. Haha. Tapi aku dengan Aliya ade beli dress , sama je colour and pattern.
Haha. Scene menyakitkan hati. Sakit jari aku. Kenapa laa payung tak boleh nak bukak. Tak pandai nak bukak ke ape? Haha
Sampai stesen LRT university , huihh, praktis bukak payung, malu ke orang tak kira dah. Biar kan. Bukan kenal pon. Wahaha. Jumpa sekali tu je. Setengah jam jugak duk bukak bukak payung tu. Haha. Tahpape.
Lepas tu dah rasa macam puas hati , baru laa naik bas rapid balik u. sembang sembang dengan Aliya, macam mana kalau dah turun bas, payung tak boleh bukak ? hujan dah laa makin lebat. Kah3. Buang je payung tuu.

Alhamdulillah.. sekali bukak je terus jadi. Hahaha. Berjalan laa satu payung dengan Aliya. Seriously , bahagia sangat . gelak-gelak sepanjang jalan. Padahal , minggu depan banyak kerja. Heee. Takpe laa. Rehat mindaa. Yedok? haha

Jumaat, 4 September 2015

Pelik sebab Arab , bukan Korea.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila aku bagi tahu kawan-kawan aku yang aku tak minat lagu korea , tapi minat lagu Arab . diorang semua pelik. Pelik bin Ajaib ka? hahaa aku rasa biasa je. sebab minat seseorang tak sama. Is it right?

Kumpulan yang aku paling suka , Harmony Band : try laa bukak link tu. tu laa kumpulannya. ada tak siap-siapa kenal ?? kite geng. hee

  http://youtu.be/71bQn2tSkR4

Harmony Band
 Aku start minat kumpulan ni time Form 4. Mula-mula sekali lagu La zarani. hee. Suara penyanyi dia best!!! Especially Adam Ali. haa. nak tahu tak! Harmony Band ni ada nyanyi lirik Melayu. Dalam lagu ni 
                    ttp://m.youtube.com/watch?v=7eCapau4Yeg

Rabu, 2 September 2015

Rozy's Chicken Begedil

Bismillahirrahmanirrahim

Lonely. Siapkan assignment. Alhamdulillah semuanya dah siap. Alaaa. Assignment ICT. kacang goreng je. hahah. sekarang aku kat port biasa nak connect wifi yg laju. depan Department IRK. so , mana-mana guys yang masih tak tahu wifi laju kat mana , aku syorkan korang pergi lah bertapa kat bench department IRK ni. gambar ? hmm. tak sempat nak upload. hehe. lagipon sekarang dah maghrib. dah laa sorang-sorang. takut aku. 

Nak share sikit assignment aku ni. resepi pasal begedil. hehe. my favourite food !!

sebelum tu. minta maaf kepada owner blog gambar ni. aku tak sempat nak snap sendiri. just ambik je image . err. hehe, maklum laa. terdesak nak siapkan assignment ni. apa-apa pon. resepi ni memang betul datang daripada Aunt Rozy . Kadang-kadang aku panggil Aunt Rozy ni Teh Rozy. sebab ada pertalian darah sikit dengan family aku . :)
MY FAVOURITE FOOD

I would like to share with you about a recipe which has been exploded my taste buds eternally which is Chicken Begedil. It has been my favourite food since form 4.  I had this one friend named Izzati which I would prefer to address her by the name Eja.. She was the first person ever introduced me to that savoury food. So here's the story .

During fasting Ramadhan in 2013 , Eja gave me a box of iftar. I never expected that box was chicken begedil.  I ate together with her. I love chicken begedil so much after that. So , I decided to learn the recipe. She invited me to go at her house and learnt the recipe with her mother. Her mom's name is Roziah binti Hud. I called her mom, Aunt Rozy. Aunt Rozy is very nice and lenient.

okay. Let's start our recipe ! 

Ingredients
  1. 300 gm minced chicken*
  2. 2 medium potatoes (peeled , fried , mashed)*
  3. 2 tsp coarse blackpepper*
  4. 1 tsp white pepper*
  5. 1 tbsp minced fresh parsley*
  6. 3 tbsp fried onion*
  7. salt to taste*
  8. 2 eggs (beaten)
  9. 200 gm wheat flour 
METHOD

  • In a large bowl , mix together all ingredients marked *
  • Take a portion in your hand and make small.

    -medium size balls
    -place them on a plate and give a little press on the top.
  • Dip the cutlet balls in the wheat flour 
  • Heat oil in the frying pan.
  • Dip the cutlet balls in the beaten eggs.
    -do not dip it too long time because it will be broken during the fry.
  • Deep fry in oil until both sides turn golden brown.
  • Drain on paper towel and serve immediately with chilli sauce and mayonis or any ways you preferred.
okay . ready to eat for lunch , tea time or dinner !! :)


haa. tu laa assignment yang aku buat. harap-harap menarik laa. in sha Allah. Aku dah usaha sehabis mungkin. Harap Allah tolong. Aminnn :) 

Sabtu, 22 Ogos 2015

Enjoy our life

Bismillahirrahmanirrahim


moment

fuhhh. dah bersawang blog ni. haha. maklum la. semenjak bergelar mahasiswi ni , tak sempat nak update info dalam public diary ni. hee. Ada je kerja yang nak kena buat. 
Sekarang dah nak dekat 5 setengah pagi. Aku masih menghadap pc ni lagi. Sekali sekala jadi burung hantu. Bukan apa , ambik kesempatan guna wifi uni yang macam siput sedut. Dalam area 3 pagi , barulah laju macam kilat. haha. 

okey okey. bukan nak komen pasal wifi uni ni. Alhamdulillah bersyukur dengan kemudahan yang ada , daripada tak ada langsung. kan? :)

Kenapa dengan gambar kat atas tu? haa. tu laa Huda. boleh kata kawn yang paling aku rapat kat sini. Kemana mana dengan dia. Tapi aku tak sama kelas dengan Huda ni. Just sama section Arabic and subjek Rka. Rka tu apa? hm. students UIA confirm tahu, hehhh. meh laa story sikit. Rka ni abbreviation for Islam and Other Religions . this subject are compulsory for all students at cfs iium~

Semalam 22 Ogos , mid term untuk rka ni. so far so good. The questions mostly difficult but I can answer all the questions. Alhamdulillah. Thanks to Allah. hee.

Habis je exam , area pukul 11:10 gituhhh. haha. Cabut outing terus . hilangkan stress. Malam dah pulun perabih study rka tu,




Sebelum exam penat perah otak. Lepas exam penat banyak guna tenaga. Mana taknya , keluar pukul 1 ptg , balik uni 6 petang. Dah laa berjalan non-stop. Selagi ada jalan aku dengan Huda jalan puas-puas. okey laa hari ni. Sangat best! 



Sabtu, 6 Jun 2015

La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni abang kahwin. Sekarang aku dah ada kat Bentong. Tak lama lagi sampai laa cfs iium yang aku tinggalkan minggu lepas.

Sedih? tipu laa kata tak. Dah laa abang sorang je. Kahwin hari ni. Last last aku blah gitu je. Ni pon balik tumpang ayah saudara . Alhamdulillah. Rezeki jugak. Rumah diorg dekat dengan tempat aku.  At least , ada jugak orang boleh tengok tengokkan. Cousin pon ada. Siap dah cakap nak jumpa aku weekend ni.

Hmm. Mak ayah. Rindu sangat sangat :((((  . Maklum laa. lepas SPM dulu mana pernah berpisah. Sekarang nak masuk semula belajar.

Tak pe laa. Sedih sekejap je. In sha Allah. Harap-harap roommates nanti boleh terima aku ni. Niat hati nak belajar. Tak de yang lain. In sha Allah. Harap Allah permudahkan segalanya. Amin :)

Isnin, 1 Jun 2015

Dugaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni baru berkesempatan menulis. 2 hari lepas , 31 Mei 2015. Pendaftaran di Centre For Foundation Studies , IIUM. Alhamdulillah , masa result upu keluar , aku tersenarai untuk mengikuti pengajian di sana. Human Science. Sejak di bangku sekolah memang aku bercita-cita dengan Aina nak masuk UIA. Takdir Allah. Aina daftar ke UiTM hari ni .Dekat je. Lebih kurang 45 minit je dari rumah aku nak ke sana. Rezeki dia. Dapat dekat , senang nak balik.


Meh aku nak cite. Pengalaman aku daftar masuk u dalam keadaan yang sakit :( tak kritikal. cuma chicken pox. Tapi , baru hari ke-4 masa tu. Badan pon miang-miang lagi. Kat muka aku. Allahu. Banyaknyaa. Dugaan. Tiap kali aku rasa down , aku ingat pesan angah. Jangan sedih-sedih , sakit salah satu penghapus dosa. In sha Allah. 

Aku bangun pagi Ahad tu pukul 4:15 pagi. Mak kejut sebab barang aku langsung tak berkemas. Aku pon slow-slow kemas. Barang nampak je tak banyak. Tapi kerusi belakang kereta kena lipat. Lagipon family aku semua dah prepare bawak baju , sebab hari Jumaat call administaration katanya aku kena datang hari isnin untuk jawab exam. Ept dgn Apt. Tapi doktor suruh aku dikuarantinkan. Takut nanti aku sebar virus. hehe

Bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Kira dah lambat tu sebab target nak gerak pukul 6:30 pagi. Aku pakai baju kurung dengan tudung putih. Hmm. tudung putih. Aku paling jarang pakai. Tak tahulaa kenapa. haha. Jelasnya nampak bintik-bintik kat muka aku ni :(

Sampai je perkarangan u pukul 10 tepat. Ramainyaa orang. Alhamdulillah. Aku dapat parking kat dlm. So , tak susah-susah kena jalan. Lagipon ,keadaan kaki aku yang mcm oku ni. Mana taknya. Aku jalan terhincut-hincut sebab kat tapak kaki aku ada bintik merah chicken pox ni. Sakitnya tak terkata. Mak pimpin aku sampai depan Al Malik Faisal Hall sebab aku register kat situ. Aku duduk bawah khemah betul-betul cari port dekat kipas. Matahari dah tinggi ,badan aku start gatal dah . Jadi miang-miang macam tu. 

Semuanya abg yang uruskan aku punya pendaftaran. Orang lain semua urus sendiri. So , aku tak dapat laa nak merasa. Aku just duduk je atas kerusi tu sampai laa ada seorang committee perempuan ni tegur aku. Mak pon explain yg aku tak larat . bla blaa... Sis ni bawak aku pergi ke Mahallah Zainab Jahsy. Aku dah dapat bilik. Tapi sis ni bawak aku masuk bilik kesihatan kat mahallah tu. Aku cuak ni. Buatnya kena duduk situ.Menangis laa aku.Mana taknya , dah laa sakit.Jauh daripada family pulak tu. Aku tak biasa :(

Dah sampai dalam bilik tu , bincang punya bincang , sis ni bawak mak aku jumpa dengan pengurusan mahallah. Aku pon tunggu laa dengan kak long kat dalam bilik tu. 

Tak lama lepas tu , mak datang sambil bawak something. Aku dapat pelepasan daripada pihak u. So aku boleh balik. Aku datang semula u bila aku dah sembuh. in sha Allah. Sis ni jugak tolong , nak memudahkan kerja bagi kereta aku masuk sampai betul-betul depan mahallah. Aku pon apa lagi. Dah kereta depan mahallah , aku terus masuk dalam kereta sebab cuaca masa tu panas terik. Dalam kereta okey sikit , sejuk air-cond. Tak laa gatal sangat badan aku ni. 

Mak , ayah , abang dengan kak long angkat semua barang aku masukkan dalam bilik. So , sampai sekarang aku tak tahu katil , loker aku macam mana. Yang aku tahu , bilik aku tu sama je pattern dengan bilik kesihatan tu. okey laa jugak.Boleh tahan selesa walaupon agak kecik. :( Dan mak cakap rommate aku budak Damansara. Macam mana laa dia tu. In sha Allah minggu depan ketemu. hehe

Isnin, 25 Mei 2015

Hati. Semoga Tabah

Bangun je pagi ni , semuanya hambar. Suasana rumah tak seceria , tak seindah hari-hari yang lain.Semuanya sirna. 
Aku lihat kak long masih menyembunyikan dirinya dalam selimut. Aku tilik raut wajahnya. Langsung tiada senyuman. Muka yang dulu penuh dengan senyuman , kini diganti dengan mata yang sembap, raut wajah yang mendung. Hati aku turut diselubungi kesedihan mengenangkan kakak yang aku sayang menerima nasib seperti ini. 
"Mak , kak long tak kerja ke hari ni?"
Mak menggeleng. Sambil tu tangan mak aku lihat lincah memasukkan pisang yang akan digoreng sebagai sarapan pagi kami sekeluarga hari ini.

Lelaki yang aku kenali 3 tahun lalu , kini berubah serta merta. Masih aku ingat , saat telinga aku mendengar suara lelaki itu , hati aku terdetik. Kak long ni berkawan dengan lelaki gagap ke. Aku tidak terus bertanyakan kak long. Ku biarkan soalan yang menjadi tanda tanya itu , tersimpan dalam benak fikiranku. 
Lama-kelamaan , aku memerhatikan gelagat lelaki itu , ku perhati cara percakapannya ,cara langakhnya , tidak sumbang . Sempurna di mataku. 
Akhirnya , persoalan aku selama ini terungkai setelah kak long menerangkan perkara yang sebenar. "Abang Muiz saja je buat suara gagap. Nak kenakan ateh". 

Hmm. lelaki itu telah mengubah kak long , mengubah personalitinya menjadi seorang wanita seperti sekarang. Tapi , malam semalam lelaki itu jugalah yang telah membuatkan kak long menangis tak henti-henti. Segaris senyuman tidak dihulur kepada kami sekeluarga. Mana mungkin hati tidak dirundum kesedihan , perkenalan yang telah menginjak ke usia 3 tahun. Diuji , di saat 2 minggu sebelum berlangsungnya majlis pertunangan. Ya, 2 minggu je lagi. Persiapan dah dibuat , jemputan , barang-barang pertunangan , ahli keluarga sebelah mak dan ayah, sudah mengatur rancangan. Akan pulang , berkumpul ke rumahku pada hari tersebut untuk meraikan pertunangan kak long dan perkahwinan abang yang akan berlangsung pada hari esok selepas pertunangan kak long. 
Tapi apakan daya , tak pernah terfikir oleh kami sekeluarga hal ini akan terjadi.

Keluarga sebelah pihak lelaki turut memaklumkan akan membawa rombongan ke rumah kami. Kira-kira 10 buah kereta yang akan hadir. 

Aku , sebagai adik. Semestinya inginkan yang terbaik untuk kakakku. 
Segingga kini, lelaki itu belum memberi kata putus. Dia minta tempoh seminggu untuk menenangkan hatinya. 

Mak , ayah , aku lihat , redha dan pasrah setelah melihat anak sulungnya diperlakukan seperti itu. Aku ingat kata-kata mak ,  "Biar orang buat kita , jangan kita balas apa yang orang buat. Allah Maha Adil. Hanya Allah yang mampu membalas semuanya"

Mak. Tak pernah menunjukkan kesedihannya. Tapi satu malam , aku sedari mak menangis di pangkuan ayah. Mencari kekuatan daripada suami yang dicintai. Orang tua mana yang tidak akan sedih melihat kebahagiaan yang didambakan anaknya dirosakkan. 

Aku yakin ,mak terlalu sedih. Ayah pon tidak kurangnya. Tapi , lelaki! Mana pernah menunjukkan perasaannya. 

Pertama kali mungkin , kak long whatsapp aku padahal tak jauh jarak antara kami berdua. Sama-sama berehat di ruang tamu. Aku fikir mulutnya berat untuk mengungkapkan kata-kata yang akan dilontarkan. Hanya jari-jemari sahaja yang mampu menggantikan kata-kata.
 "Ateh jangan benci abang Muiz. Kak long sayang abang Muiz.'
In sha Allah, Tak mungkin aku membencinya disebabkan kesilapan pertama yang dia lakukan. Kebaikan yang dihulur tak terbalas. Pada mulanya , aku agak geram. sebab dia buat kak long tak ubah macam sampah. Tapi , aku akhirnya dapat menerima ketentuan. Hanya mampu aku lakukan , doa. Doa yang terbaik untuk abang Muiz dan kak long. Semoga semuanya kembali seperti asal dan "orang ketiga" dalam hubungan mereka takkan muncul lagi.

Aku ingat lagi cerita 7 Petala Cinta. ( Di saat kita ingin melepaskannya ingatlah betapa susah untuk kita mendapatkannya)
hmm. macam tu laa kot ayatnya. Aku pon tak ingat sangat.

Tiada kata putus , tiada pembatalan majlis pertunangan. Mak ayah tetap akan laksanakan majlis pada hari tersebut jika pihak lelaki tak hadir. Majlis akan diganti dengan doa selamat untuk kami sekeluarga. Malu? Biarlah. Mulut manusia mana pernah diam. Tapi secebis hati aku ni , tetap yakin yang mereka berdua ditakdirkan bersama. Mungkin ini ujian yang datang dari Allah. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. kerana kita adalah hamba.