Powered By Blogger

Isnin, 1 Jun 2015

Dugaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni baru berkesempatan menulis. 2 hari lepas , 31 Mei 2015. Pendaftaran di Centre For Foundation Studies , IIUM. Alhamdulillah , masa result upu keluar , aku tersenarai untuk mengikuti pengajian di sana. Human Science. Sejak di bangku sekolah memang aku bercita-cita dengan Aina nak masuk UIA. Takdir Allah. Aina daftar ke UiTM hari ni .Dekat je. Lebih kurang 45 minit je dari rumah aku nak ke sana. Rezeki dia. Dapat dekat , senang nak balik.


Meh aku nak cite. Pengalaman aku daftar masuk u dalam keadaan yang sakit :( tak kritikal. cuma chicken pox. Tapi , baru hari ke-4 masa tu. Badan pon miang-miang lagi. Kat muka aku. Allahu. Banyaknyaa. Dugaan. Tiap kali aku rasa down , aku ingat pesan angah. Jangan sedih-sedih , sakit salah satu penghapus dosa. In sha Allah. 

Aku bangun pagi Ahad tu pukul 4:15 pagi. Mak kejut sebab barang aku langsung tak berkemas. Aku pon slow-slow kemas. Barang nampak je tak banyak. Tapi kerusi belakang kereta kena lipat. Lagipon family aku semua dah prepare bawak baju , sebab hari Jumaat call administaration katanya aku kena datang hari isnin untuk jawab exam. Ept dgn Apt. Tapi doktor suruh aku dikuarantinkan. Takut nanti aku sebar virus. hehe

Bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Kira dah lambat tu sebab target nak gerak pukul 6:30 pagi. Aku pakai baju kurung dengan tudung putih. Hmm. tudung putih. Aku paling jarang pakai. Tak tahulaa kenapa. haha. Jelasnya nampak bintik-bintik kat muka aku ni :(

Sampai je perkarangan u pukul 10 tepat. Ramainyaa orang. Alhamdulillah. Aku dapat parking kat dlm. So , tak susah-susah kena jalan. Lagipon ,keadaan kaki aku yang mcm oku ni. Mana taknya. Aku jalan terhincut-hincut sebab kat tapak kaki aku ada bintik merah chicken pox ni. Sakitnya tak terkata. Mak pimpin aku sampai depan Al Malik Faisal Hall sebab aku register kat situ. Aku duduk bawah khemah betul-betul cari port dekat kipas. Matahari dah tinggi ,badan aku start gatal dah . Jadi miang-miang macam tu. 

Semuanya abg yang uruskan aku punya pendaftaran. Orang lain semua urus sendiri. So , aku tak dapat laa nak merasa. Aku just duduk je atas kerusi tu sampai laa ada seorang committee perempuan ni tegur aku. Mak pon explain yg aku tak larat . bla blaa... Sis ni bawak aku pergi ke Mahallah Zainab Jahsy. Aku dah dapat bilik. Tapi sis ni bawak aku masuk bilik kesihatan kat mahallah tu. Aku cuak ni. Buatnya kena duduk situ.Menangis laa aku.Mana taknya , dah laa sakit.Jauh daripada family pulak tu. Aku tak biasa :(

Dah sampai dalam bilik tu , bincang punya bincang , sis ni bawak mak aku jumpa dengan pengurusan mahallah. Aku pon tunggu laa dengan kak long kat dalam bilik tu. 

Tak lama lepas tu , mak datang sambil bawak something. Aku dapat pelepasan daripada pihak u. So aku boleh balik. Aku datang semula u bila aku dah sembuh. in sha Allah. Sis ni jugak tolong , nak memudahkan kerja bagi kereta aku masuk sampai betul-betul depan mahallah. Aku pon apa lagi. Dah kereta depan mahallah , aku terus masuk dalam kereta sebab cuaca masa tu panas terik. Dalam kereta okey sikit , sejuk air-cond. Tak laa gatal sangat badan aku ni. 

Mak , ayah , abang dengan kak long angkat semua barang aku masukkan dalam bilik. So , sampai sekarang aku tak tahu katil , loker aku macam mana. Yang aku tahu , bilik aku tu sama je pattern dengan bilik kesihatan tu. okey laa jugak.Boleh tahan selesa walaupon agak kecik. :( Dan mak cakap rommate aku budak Damansara. Macam mana laa dia tu. In sha Allah minggu depan ketemu. hehe

1 ulasan:

  1. alhamdulillah dah daftar ^_^ tahniah sayang ! apa2 pun jangan risau , in shaa Allah mira boleh fight the chicken pox ! semoga cepat sembuh dear and congrates again ...perjalanan mira di IIUM dah bermula , moga sukses selalu ^_^ * fai sorang aje lagi yang masih tak daftar =( *

    BalasPadam